Jangan Buatkan Semua Benda Untuk Anak

Saya pernah jumpa mak ayah yang tak boleh nampak anaknya susah. Bila nampak anak susah sikit mak ayah tu terus jadi gelisah.

Akhirnya mak ayah tu la yang jadi bibik kat rumah, mak ayah jadi tukang buang sampah dan mak ayah tu la juga yang jadi tukang cuci tandas. Semuanya mak ayah tu buat, atas nama SAYANGKAN ANAK. Anak tu pula bila dah besar jadi tak pandai nak selesaikan masalah hidup walaupun sekecil kecil masalah.

Ni la jadinya bila yang diasah cuma IQ dan otak anak sahaja tapi terlupa yang Adversity Quotient ( AQ ) anak tu pun wajib diasah. Adversity Quotient ni adalah daya tahan anak bila berdepan dengan cabaran dan masalah hidup.

Bayangkan apa terjadi pada seorang anak yang daripada kecil tak terbiasa susah. Bila tiba-tiba je kena benda susah sikit dan kebetulan mak ayah tak ada disisi, terus porak peranda hidup si anak tu tadi. Yelah, tak selamanya kita mak ayah ni boleh bersama anak kita.

Akan sampai masanya yang anak kita kena berpisah jauh daripada kita suatu hari nanti. Masa tu la mereka akan sangat berharap yang kita dah latih mereka untuk hadapi cabaran dalam hidup, bukannya bantu mereka setiap masa sampai mereka jadi lembik dan manja!

Tak salah pun kita ajar anak kita buang sampah, buat kerja rumah dan angkat pinggan mangkuk. Anak lelaki pun takkan bertukar pondan walau diajar untuk buat kerja-kerja rumah!

Taufiq Razif,
Percaya Anak Lelaki Takkan Bertukar Pondan Hanya Kerana Suka Cuci Pinggan

p/s : Suka juga kongsi ilmu didik anak kita di Telegram. Klik je link ni untuk join  t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 242 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *