Tolong jangan bagi anak-anak gadget sebelum tidur

Minta tolong sangat pada mak ayah. Tolong jangan bagi anak-anak gadget sebelum tidur lebih-lebih lagi yang gadget yang memancarkan cahaya yang terang.

Kenapa?

Sebab anak-anak ni bila dah masuk waktu senja, hormon Melatonin yang membuatkan anak-anak kita jadi mengantuk tu tengah berkumpul dan meningkat.

Bila kena cahaya daripada gadget sebelum nak tidur, hormon Melatonin yang dah tinggi tu tadi tiba-tiba je menurun balik dan menjadi kacau bilau. Anak yang sepatutnya dah mengantuk akan tiba-tiba segar balik.

Badan anak kita tu penat sangat dah tapi dia dah tak mampu nak tidur dah sebab paras hormon Melatonin dah kurang. Tu yang anak jadi meragam tanpa sebab tu. Badan penat dan mintak rehat!

p/s : Dah tahu ni terus malapkan lampu sebelum tidur supaya ye supaya paras hormon Melatonin tu perlahan-lahan meningkat naik. Baru la anak senang mengantuk dan tidur.

p/s : Anak yang cukup tidur ni insyaAllah perkembangan otak dan badan dia pun akan lebih sempurna. Perangai meragam pelik-pelik pun insyaAllah berkurang juga. Jom belajar ilmu mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 75 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *