Saya pergi tidurkan anak kejap ye

Saya percaya semua percakapan isteri saya kecuali kalimat ni. Takde nye sekejap. Mula-mula pura-pura tidur.

Kononnya nak bagi anak lena la tu kalau anaknya nampak emaknya tengah tidur. Sekali dengan emak emaknya pun lena sampai pagi.

Dulu saya ingat sebab pura-pura tidur ni yang buatkan isteri saya terlena sampai pagi. Rupa rupanya tanpa sedar isteri saya tu tengah penat sebenarnya. Dia takkan mengaku pun dia penat.

Kalau ikut kajian pun memang wanita ni kena lebih banyak tidur daripada lelaki. Otak mereka ni lebih multitasking dan complicated dibandingkan lelaki.

Kalau saya nak basuh pinggan, saya akan fikirkan pinggan yang tak dicuci je. Kalau isteri saya nak basuh pinggan, sambil nak cuci pinggan tu sempat lagi nak fikir pokok yang tak disiram, baju yang tak dilipat, pampers yang tak ditukar dan barang di Lazada yang belum diorder.

Tu la kenapa kalau ikut kajian wanita sebenarnya perlukan tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.

p/s : Malam ni cuba bagi isteri tidur awal sikit. Jangan terkejut kalau pagi besok dia bangun dalam keadaan tersengih-sengih penuh segar dan bahagia.

p/s : Ok, jom sambung belajar bab keibubapaan di Telegram saya. Klik je link ni tau 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 54 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *