Pernah saya duduk berbual berdua dengan isteri tentang ragam dan perangai anak kami

Waktu senggang antara selepas solat asar dan waktu anak balik taska tu kami jadikan waktu untuk dating berdua di tepi beranda rumah. Biarlah tak romantik mana pun tempatnya asalkan romantik perbualannya. Hehe

Mula-mula kami bercerita tentang perangai comel anak-anak kami. Cerita pasal keleteh si kakak yang suka mekap lah dan bajet puteri lah. Cerita si adik yang suka cubit lengan Ummi dia sebelum tidur lah. Entah apa-apa kan? Tapi benda simple camtu pun buat kami tergelak sakan sambil menikmati angin petang.

Lepastu masuk pulak bab mengadu perangai anak-anak yang buat kami stres. Dengan perangai adik yang suka muntah kat bilik tidur dan perangainya yang suka curi-curi bawak masuk air manis ke dalam bilik. Ditambah lagi perangai kakak yang agak sedikit manja dan sensitif. Tegur sikit je pun dah nangis. Adeh!

Masing-masing kepenatan sebenarnya. Tu yang saling mengadu sesama sendiri tu. Tiba-tiba je terpancul perkataan ni daripada saya.

” Suatu hari nanti mesti kita akan rindukan perangai perangai anak kita ni kan sayang? Bila anak-anak kita dah besar nanti mesti kita akan..”

Tiba-tiba suasana jadi sunyi dan tenang. Hanya bunyi hela nafas yang panjang menyelubungi petang kami pada masa tu. Muka kami yang sebelum ni berkerut keresahan pun dah mula hilang kerutannya.

Sungguh, bila rasa syukur mula memenuhi hati, segala kepenatan tu sebenarnya secara tidak langsung akan ditutupi. Bersyukur kerana masih diberikan peluang menjaga anak, merangkul anak dan membesarkan anak adalah sebuah nikmat yang digilai oleh ramai manusia lain yang belum mampu memilikinya.

Sungguh, ini bukanlah kepenatan yang sia-sia. Ini adalah kepenatan yang hanya yang terpilih mampu memilikinya!

(Visited 109 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *