Jangan Bergaduh Depan Anak

Saya pernah jumpa budak yang mak ayahnya selalu bergaduh. Memang budak tu jadi sangat pendiam dan tak aktif sangat macam budak lain.

Bila saya tanya sepatah, dia jawap sepatah. Dengan saya pun dia macam takut-takut je nak bercakap padahal dah habis lembut dah tu saya bercakap dengan budak tu.

Tapi itulah efek bila mak ayah bergaduh depan-depan anak. Anak tu akan jadi sangat rendah ‘self-esteem’ dan dia akan rasai diri dia tak berguna ( unworthiness ).

Sebab tu kalau nak bergaduh juga :

+ Kawal dulu emosi kalau anak ada di depan mata. Masuk dulu ke dalam bilik baru la selamat asalkan jauh daripada pandangan anak

+ Elakkan anak dengar kita memanggil pasangan kita dengan gelaran gelaran yang tak elok. Sekali anak dengar kita saling memaki, dia akan rakam perbualan kita tu sampai dia dewasa

+ Elakkan menyalahkan ( blaming ) pasangan di depan anak contohnya ” salah awak la ni tak ambil Aiman kat sekolah tadi “. Sebaiknya guna perkataan yang asertif macam ni sebagai alternatif ” Kan bagus kalau awak ambil Aiman kat sekolah tadi ”

+ Kalau dah terlanjur bergaduh depan anak jangan lupa bagitahu anak yang hubungan kita dan pasangan tak terjejas pun dan bagitahu yang kita tak sengaja nak bergaduh di depan mereka. Baru la anak takde rasa fearful dan insecure. Ingat, anak akan susah dikawal dan susah dinasihati bila mereka rasa tak selamat berada di rumahnya sendiri!

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri kan? Cuma kena hati-hati sikit la kalau nak gigit lidah tu semasa anak sedang mendengar dan memerhati.

Tolong ajar ilmu ni kat pasangan masing-masing ye. Ilmu ni memang semua mak ayah wajib tahu.

p/s : Jom sambung belajar ilmu didik anak di Telegram saya. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 75 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *