Jangan Bawa Anak Anda Ke Kedai Kalau Belum Buat 5 Tips Ini

1. Educate anak dulu makanan apa yang tinggi kandungan gula. Bagitahu juga apa akibat kalau selalu makan makanan yang tinggi gula. Tunjuk la sikit-sikit gambar kaki diabetik yang hitam tu asalkan anak boleh ‘visualize’ dalam minda mereka akibat buruknya nanti.

2. Buat agreement dulu sebelum masuk kedai. Jangan kita cuma bagi arahan tapi kita dapatkan persetujuan anak dulu. Biar dia yang setuju dulu. Contohnya ” Nanti masuk kedai ni adik nak beli biskut je kan? Adik takkan ambil jajan dan coklat telur tu kan? ” Kalau dia kata YA baru masuk ke kedai. Teknik ambil persetujuan ni sangat sesuai untuk anak yang dalam fasa ego-centric yang bajet dia boss dalam rumahtangga kita tu 😅

3. Latih anak untuk kawal diri ( self control ) dulu di rumah supaya anak boleh kawal diri bila berada di kedai. Caranya adalah jangan tunaikan semua yang anak nak walaupun kita mampu je nak bagi anak kita segalanya. Ajar anak kita tu S.A.B.A.R dan bijak buat pilihan.

4. Bagi anak kita bezakan real food dengan processed food. Nugget ke hotdog ke daging burger ke semua tu processed food. Bukan real food! Sekali sekala tu bawa anak shopping kat zone pasar basah. Baru la dah besar nanti boleh bezakan lengkuas dengan halia.

5. Sebelum masuk ke kedai pastikan kita pegang tangan anak kita dan kita yang berada di depan anak kita ataupun kita yang ‘lead’ pergerakan anak kita. Ingat, kita adalah ‘Alpha’ ataupun ‘Leader of the pack’. Bila anak rasa kita ada aura ketua baru la dia jadi tunduk dan taat pada kita. Kita taknak anak kita yang jadi Alpha kepada kita dan pasangan kita dan akhirnya susah nak dengar kata.

Dah tahu tips ni terus amal, sebar dan ajarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.

Boleh belajar lebih banyak lagi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Dah lebih 85,000 orang yang join. Klik je link ni sekarang 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 83 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *