Bila Hampir Jadi Singa

Pernah je si Maryam Soolihah dan Solahuddin ni buat saya hampir nak meletup lebih-lebih bila saya dalam keadaan yang tersangat penat.

Boleh pulak haritu diorang bangun secara berjamaah pukul 12 pagi beberapa hari lepas. Pastu meragam dan menangis tak berhenti. Masa tu saya sorang-sorang je jaga anak sebab isteri masuk wad akibat premature contraction walaupun usia kandungan baru 25 minggu.

Dah la saya tengah mamai dan kepenatan. Mujurlah saya sempat sedar yang masa tu saya sedang dikawal emosi. Masa tu Prefrontal Cortex otak yang bertugas untuk buat keputusan dan pertimbangan rasional dah lemah dah sebab sedang mengalami ’emotional hijacking’ oleh emosi dan rasa marah.

Saya tahu kalau saya ‘cuba untuk nasihat anak saya ataupun terlalu banyak buka mulut’ maka saya akan tertengking ataupun terjerkah pada anak. Kalau lah masa tu saya tengking dan jerkah, anak saya akan mengalami 3F ( Flight, Fight, Freeze ). Samada anak saya akan jadi melawan balik, dia akan menikus dan jadi penakut sampai bila-bila ataupun dia jadi blank dan menggigil ketakutan.

Tak boleh jadi ni!

Terus saya ketap bibir ketat-ketat dan buat beberapa breathing techniques untuk redakan emosi yang tengah meletup sambil saya gosok-gosok anak saya. Menakjubkan bila emosi saya kembali stabil anak-anak pun ikut diam dan stabil juga!

Yes, emosi itu berjangkit! Perasan tak bila emosi kita tak stabil tiba-tiba je anak meragam dan meronta ronta? Haaa..begitu juga kalau emosi kita stabil, anak-anak yang meragam tu pun jadi senang je untuk jadi tenang balik.

Saya percaya ibubapa yang hebat kawalan emosinya akan melahirkan anak yang tinggi EQ-nya ( emotional intelligence ) dan bijak handle masalah hidup bila dah dewasa nanti.

p/s : Ok, jom sambung belajar bab mendidik anak di telegram saya. Mudah je. Klik je link ni 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

p/s : Breathing technique yang saya buat malam tu adalah jenis straight breathing. Tarik nafas 4 saat, hembus panjang melalui mulut 8 saat. Buat sebanyak 7 kali tau. Dah tahu ni terus amal ye dan tolong ajar teknik ni pada mak ayah yang lain juga

(Visited 132 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *