Anak Kita Sasaran Bisnes Pornografi

Baru baru ni saya terpaksa selongkar dan delete beberapa movie kartun dalam laptop saya.

Kenapa?

Masa tengah tengok kartun bersama anak sulung saya Maryam Soolihah tiba-tiba keluar satu babak kartun tu tengah nak kissing. Tiba-tiba je anak saya tu tersenyum. Kononnya macam romantik la kan.

Ya Allah. Terus saya delete cerita tu! Berdebar-debar dada saya.

Ni la soft porn wahai mak ayah sekalian!

Saya lagi risau anak lelaki saya sebenarnya dibandingkan anak perempuan. Kenapa?

1. Anak lelaki ni fikirannya lebih fokus pada ransangan visual. Apa-apa ransangan visual memang akan cepat ditangkap oleh mata anak lelaki.

2. Anak lelaki lebih banyak hormon testosterone! Jadi mereka lebih cepat diransang oleh video dan filem yang ada adegan berahi walaupun cuma softporn!

3. Anak lelaki ni alat genitalnya di luar. Tu la kenapa mereka lebih sensitif dan cepat diransang walaupun oleh sekecil kecil ransangan!

Saya merayu sangat pada mak ayah semua. Tolong periksa balik handphone, tablet dan laptop anak-anak kita.

Tolong selongkar balik jenis video, filem dan browsing history anak-anak kita. Biarlah orang nak kata kita ni lapuk dan tak sporting. Yang nak kena tanggung dan menjawab kat akhirat nanti kita juga bukannya orang lain.

Taufiq Razif
Penulis Buku #NotaParentingOhsem

p/s : Tolong bagitahu benda ni pada pasangan kita ye. Benda ni penting dan kritikal sangat sangat.

(Visited 54 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *