Ajar Anak Ucap Terima Kasih Lagi Penting Daripada Membaca!

Semalam jiran depan rumah ada bagi makanan sikit kat Maryam Soolihah ni. Terus dia ambil makanan tu, bawa masuk ke dalam rumah dan siap sedia untuk terkam makanan tu.

“Eh, dah ucap terima kasih belum kat makcik yang bagi makanan ni? ”

Terkulat kulat anak saya tak jadi makan. Terus dia berlari ke pagar rumah dan berteriak halus ” terima kasih macik “. Haha! Semut pun tak dengar rasanya tapi takpelah. Asalkan hak orang lain untuk dapat ucapan terima kasih tu dah terlunas.

Saya dulu pun salah faham juga. Ingatkan Ilmu Parenting terbaik untuk didik anak kecil adalah fokus untuk pandaikan anak dan gali potensi-potensi anak sejak daripada kecil. Benda tu bukan tak bagus tapi dulu saya tersalah anggap yang 3M ni ( Membaca, Menulis & Menghitung ) adalah prioriti pertama dalam hidup seorang kanak-kanak untuk dia berjaya dalam hidupnya.

Saya silap!

Benda yang paling pertama yang kita kena bentuk pada anak adalah NILAI & ADAB. Ya Allah. Patut la kalau kita tengok kat Jepun sana budak-budak disuruh cuci jamban, buang sampah dan bersihkan kelas. Mereka mengamalkan ‘o-soji’ yang bermaksud ‘big cleaning’. Kat sekolah lagi mereka dah disuruh bersihkan kelas dan cuci jamban selama 20 minit sehari!

Niai dan adab ni la nanti yang kekal dan dibawa sampai ke tua! Anak kita mungkin genius kalau daripada kecil kita duk pulun belajar membaca, mengira dan menghitung sahaja tapi tanpa nilai & adab mereka hanyalah kanak-kanak yang besar otaknya tetapi kecil dan kosong jiwanya.

p/s : Saya suka share bab ilmu parenting yang lebih detail di Telegram saya. Klik je link ni sekarang untuk join 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
Dah lebih 80 Ribu orang yang join.

(Visited 113 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *