Terkedu saya bila mendengar pengakuan seorang budak lelaki ni yang memang suka lawan mak dan ayahnya

Paling kesian si ayah budak ni lah. Sampai tahap si ayah tu boleh menangis bila anaknya dah jadi bengis macam tu. Orang laki menangis ni bukan benda biasa. Tu tandanya jiwa si ayah ni dah cedera teruk sangat dah tu.

Biasanya anak-anak akan jadi melawan camni sebab mereka rasa tak DIDENGARI. Tiap hari kita sibuk kan. Walaupun kita sibuk untuk bagi nafkah anak-anak tapi anak-anak bukannya faham lagi. Yang mereka faham adalah mereka perlukan juga nafkah emosi daripada kita.

Lama kelamaan bila nafkah emosi ni tak dipenuhi dan didengari, perlahan-lahan ia akan menjadi dendam dalam diri si anak. Tu yang akhirnya dendam tu tadi meletus dan akhirnya anak tu boleh jadi bengis dan memberontak.

Tu la kenapa saya suka ajar mak ayah untuk buat teknik PACING & LEADING. Bila anak mengadu benda remeh temeh sekalipun kita kena amik satu waktu untuk letakkan segala jenis gadget dan dengar dengan penuh perhatian keluhan mereka.

Bila emosi mereka ketika mengeluh tu adalah SEDIH, kita kena buat emosi kita seakan sedih juga ( ni namanya PACING ). Lepas dah ‘pacing’ tu la baru kita boleh nasihat anak untuk ubah mood mereka ( ni namanya LEADING ). Baru la mereka rasa keluhan mereka didengari dan dihargai.

Ni kalau kita terus nasihat anak sambil buat muka ‘poker face’ anak akan anggap kita ni tak faham apa sebenarnya yang mereka rasakan. Tu yang akhirnya benda tu akan menjadi dendam dan meletus bila mereka dah pandai berdikari suatu hari nanti.

Tolong sampaikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa yang lain juga ye.

p/s : Buku pertama saya, Nota Parenting Ohsem dah bukak pre-ordernya. Kalau order 2 buah dapat Diskaun, Free Gift dan Free Delivery. Boleh click je sini sekarang untuk dapatkan buku pertama saya tu : https://www.wassap.me/60193643094/

p/s : Cover tu belum final. Maybe akan tambah gambar budak kecik kot dalam Cover tu nanti

(Visited 232 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *