Nak Insaf? Ganti Tempat Kerja Isterimu

Saya dulu ingat isteri ni kebal tekanan. Semua benda saya bagi kat isteri saya. Basuh baju, lipat kain, cuci dapur, cuci tandas, cuci pinggan dan semuanya.

Saya kadang-kadang nampak je isteri keletihan tapi macam saya cakap tadi la, saya ingat semua wanita ni kebal tekanan. Jadi saya anggap benda tu tak ada apa la kan.

Sampai suatu masa tu ditakdirkan isteri saya tak boleh nak buat semua kerja-kerja tu disebabkan tengah BERPANTANG. Tiba-tiba je saya terpaksa ‘ganti posisi’ isteri saya. Semua benda saya kena buat. Fuh! Tak sampai seminggu saya dah mula ‘exhausted’.

Tanda-tanda stress dah depresi mula saya rasakan. Waktu tu la timbul rasa insaf. Waktu tu juga la timbul rasa untuk lebih menghargai pengorbanan isteri. Rupanya kerja yang si isteri saya buat tiap hari selama bertahun tahun tu tak dapat ditanggung oleh saya walau cuma untuk satu minggu!

Tu la kenapa saya tak judge suami yang belikan isterinya Dryer, periuk Noxxa ataupun Iron Steam Phillips. Dulu saya ingatkan suaminya terlalu manjakan isteri tapi sekarang saya sedar sebenarnya tu la tanda suami yang faham beban seorang isteri!

Taufiq Razif
Suami Insof

p/s : Yang belum mampu, menabung la bersama sama. Yang penting niat nak ringankan beban isteri tu kena sentiasa ada. Yang isteri pula, bantulah suami untuk menabung juga ye.

p/s : Jom belajar ilmu keibubapaan di Telegram saya. Free je. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 107 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *