Jangan Berjanji Dengan Anak Kalau Taknak Tepati

Betul la kata orang, jangan mudah berjanji dengan perempuan sebab perempuan punya memori ni kapasitinya besar. Dia akan ingat sampai mati! 😅

Tu le kenapa kalau saya dah terlanjur berjanji dengan anak perempuan saya, si Maryam Soolihah tu dia akan tuntut tak berhenti sampai la saya tunaikan janji dia.

Pernah satu kali tu saya berjanji nak bawa pergi pantai lepas dia balik daripada taska. Dia tuntut habis habisan sebab saya terlupa. Aduh!

Tapi saya tak marah pun. Saya lagi suka anak saya tuntut sebab nak taknak saya kena lunaskan juga janji tu. Kenapa?

Sebabnya janji tu la nanti jadi penentu kata-kata dan nasihat kita ni dinilai berpengaruh dan berautoriti ke tak pada anak-anak. Makin kita tak tunai janji yang kita cakap kat anak, makin la kurang trust anak pada kata-kata kita.

” Eleh mak tu, dia cakap je tu. Bukan buat pun ”
” Buat apa nak ikut sangat cakap ayah, ayah sendiri pun tak pernah nak tepati janji kat anak sendiri ”
” Bukan boleh percaya sangat tu. Lain yang dicakap, lain yang dibuat ”

Ni la kata-kata hati anak kita bila selalu berjanji tapi tak tunaikan pun janji kita tu. Saya taknak sampai satu tahap anak saya dah hilang ‘trust’ pada kata-kata mak ayahnya sendiri.

Bila anak pun dah tak percaya mak ayahnya sendiri maka tunggu la akibatnya bila anak dah mula lebih percaya kawan-kawan suatu hari nanti.

p/s : Tolong ingatkan pasangan kita juga supaya tepati janji pada anak sendiri ataupun kalau rasa tak mampu nak tepati, elakkan daripada berjanji. Kita kena jaga dan bina ‘trust’ anak kepada kita.

p/s : Tolong klik link ni kalau nak belajar ilmu keibubapaan dengan lebih mendalam : t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 148 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *