Tolong Tapis Apa Yang Anak Kita Tengok

Ada satu hari tu Maryam Soolihah ni main dengan Umminya. Entah kenapa tiba-tiba dia buat mimik muka pelik sambil menjelirkan lidah.

Adeh!

Rumah saya ni takde TV dan memang anak saya tak tengok TV langsung. Saya syak dia tengok anime kat taska dia kot.

Tu la kehebatan anak kita dan tu lah kehebatan survivor skill yang Allah dah kurnia. Anak kita mampu tiru apa sahaja yang lalu kat depan mata dia.

Tu la kenapa kalau Maryam Soolihah ni ada saya sedaya upaya berlemah lembut dan tunjukkan kasih sayang pada isteri saya sebab cara saya layan isteri saya ni akan jadi ‘benchmark’ bagaimana Maryam Soolihah ni nanti akan layan kawan-kawan dan bakal pasangan hidupnya kelak.

Tu la kenapa saya jadi sedih sangat kalau ada mak ayah yang tak sekat langsung apa yang anak mereka tengok. TV terbuka 24 jam, internet pula bebas dibuka oleh anak bila-bila masa. Bila ada adegan 18sx kat TV pun mak ayah selamber je tengok dengan anak-anak.

Anak takkan tiru benda tak senonoh tu depan-depan kita tapi anak-anak akan cari peluang untuk tiru benda tu di belakang kita nanti sebab anak kita memang dilahirkan sebagai PENIRU YANG TERHEBAT. Skill ni sangat berguna tapi pada masa yang sama boleh merosakkan dia kalau kita sebagai mak ayah tak tapis ‘visual’ anak kita.

Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

Taufiq Razif
Bajet Dewasa Tapi Masih Layan BoboiBoy Dengan Anak

p/s : Suka kongsi Ilmu Parenting yang lebih dalam di Telegram. Klik je link ye t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 92 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *