5 Formula Supaya Anak Tak Terlampau Manja

Saya dulu sangat overprotective. Saya taknak anak saya susah langsung!

Tiba-tiba saya perasan yang anak sulung saya ni jadi makin manja. Bukan manja biasa tapi manja yang ekstrim!

Syukur, Ilmu Parenting mengajar saya untuk guna 5 Formula ni supaya anak jadi tak terlampau manja dan Alhamdulillah, sangat sangat berkesan!

#FORMULA 1
👉 Tegas! Jangan mudah mengalah dengan pujuk rayu anak. Anak berumur 6 bulan ke atas dah pandai membuat tangisan manipulatif. Jadi kita kena pandai bezakan tangisan manipulatif dengan tangisan yang real! Tangisan manipulatif ni biasanya bermula bila kita tak ikut kehendaknya.

#FORMULA 2
👉 Konsisten! Kalau kita cakap A kena buat A. Jangan tiba-tiba disebabkan ‘political talk’ anak kita, kita jadi layu dan berubah pendirian. Anak kita akan hafal taktik yang membuatkan kita cair dan jangan pelik kalau tantrumnya makin menjadi jadi kalau kita tak tunaikan permintaan mereka!

#FORMULA 3
👉 Tawar menawar! Ada masanya kita kena pakai negotiation skills kita dekat anak sendiri. Contohnya, sebelum masuk kedai, ingatkan dulu pada anak kita apa yang nak dibeli. Baru la anak kita tak jadi ‘anak Sultan’ yang nak beli satu Pasaraya!

Kita memang tak boleh nak halang 100% kemahuan anak tapi tak salah kan kalau boleh tawar menawar.

#FORMULA 4
👉 Jangan terlalu banyak masuk campur! Kadang-kadang kita lupa tak selamanya kita akan berada disisi anak kita sampai semua benda kita nak masuk campur.

Anak kita bergaduh kecil dengan adik pun kita terus halang nak marah si kakak. Kawan anak kita cuit sikit anak kita pun kita nak melenting tak tentu hala. Bila masa anak kita nak asah interpersonal skills mereka? Tu la kenapa anak kita tak pandai bergaul dan terlebih manja!

#FORMULA 5
👉 Jadi coach! Anak kita bukannya nak kita jadi ‘baju besi’ mereka yang melekat dan melindungi 24 jam sehari semalam. Mereka cuma perlukan coach kehidupan yang mengajar dan mendidik mereka.

Jika anak kita menangis, jangan kita terburu-buru nak ambil dan tenangkan anak kita. Tanya dulu apa masalah anak kita. Bagi anak kita asah ‘self regulation’ dalaman mereka. Jangan bagi nampak sangat kita ni pembantu yang boleh dipanggil bila-bila masa dan sedia berkhidmat 24 jam untuk mereka. Sampai masanya, mereka jadi boss dan kita yang jadi hamba!

Taufiq Razif
Biarkan Anak Kita Menangis Hari Ini Daripada Dia Merana dan Menderita Di Esok Hari

p/s : Saya ada ajar ilmu Keibubapaan/Parenting di Telegram saya. Dah hampir 70 ribu yang join. Percuma je. Install telegram dan klik sini t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 125 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *