Baru ni saya curi-curi dengar perbualan isteri saya dan anak sulung

Baru ni saya curi-curi dengar perbualan isteri saya dan anak sulung.

” Maryam. Ummi mintak maaf ye. Ummi selalu marah Maryam. Ummi baru perasan yang Ummi selalu marah Maryam. Rupa-rupanya Ummi kepenatan sebab mabuk mengandung. Maafkan Ummi ye Maryam ”

Tiba-tiba saya yang tengah memandu ni sebak tapi saya diam je la. Anak saya si Maryam tu pun angguk perlahan tanda dia dah faham dan cium pipi si Ummi dengan penuh cinta.

Anak mana tak sayang mak dia kan walaupun segarang mana pun emaknya cuma kalau dah tahu amarah kita disebabkan kesalahan diri kita yang tak pandai kawal emosi tak salah pun mintak maaf pada anak kan.

Lebih-lebih kalau kita jenis ’emotionally unstable’. Yang ni lagi la kena banyak peluk anak dan mintak maaf kat anak. Emosi yang tak stabil secara berpanjangan sebenarnya menghakis ‘trust’ anak kepada kita.

Anak nampak patuh tapi sebenarnya mereka patuh kerana ketakutan dan memberontak daripada dalam.

Jadi kita pilih nak rawat kembali luka emosi anak kita atau nak teruskan dengan ego kita tanpa kita peduli pun luka pada emosi anak-anak kita yang disebabkan oleh tangan kita sendiri?

Taufiq Razif
Percaya Takkan Jatuhnya Martabat Mak Ayah Bila Mintak Maaf Pada Anak Sendiri

p/s : Jom belajar lebih banyak ilmu keibubapaan di Telegram saya. Install Telegram dan klik je link ni : t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 119 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *