Teknik Membebel Anak

Bila isteri saya kepenatan saya biarkan je dia bebel anak-anak asalkan berpada pada dan jaga bahasa supaya tak terkeluar doa doa yang tak elok untuk anak-anak.

Ada masanya, bebel tu jadi terapi juga untuk si dia kan.

Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.

Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.

 Cara yang salah 
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok dalam bakul

 Cara yang Betul 
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci

 Cara yang Salah 
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!

 Cara yang Betul 
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.

Nampak tak beza cara bebel kat atas?

1. Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.

2. Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.

Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.

p/s : InsyaAllah saya kongsi lebih banyak ilmu keibubapaan di Telegram saya. Klik je link ni untuk join Telegram saya 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 142 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *