Jangan Bagi Anak Lelaki Terperap Tak Kena Matahari

Anak lelaki ni istimewa
Fizikal mereka penuh tenaga

Tahukah kita tugas anak lelaki?
Anak lelaki kena pandai bergusti
Anak lelaki kena diajak berlari
Anak lelaki kena selalu diajak berpeluh di bawah matahari

Baru lah sihat jiwanya
Baru lah lena tidurnya
Baru la teransang perkembangan motoriknya
Baru la sihat perkembangan otaknya

Cahaya Matahari ni banyak manfaatnya
Itulah sumber utama Vitamin D tubuh mereka
Vitamin D ni nanti sangat berguna
Untuk regulasi Kalsium dan Fosfat dalam tubuhnya
Nutrient ni la nanti yang diperlukan untuk otot dan tulang yang sihat sempurna

Anak yang kurang Vitamin D
boleh meningkatkan risiko penyakit
Jantung, kencing manis dan darah tinggi
Kanser, penyakit autoimum dan masalah berkaitan kongnitif anak kita nanti

Biarkanlah anak kita berinteraksi dengan alam
Bermain dengan rumput, pokok dan pasir sekali sekala
Biarkan juga matahari menyentuh kulit mereka
Cukup sekadar 6-8 minit sahaja

Anak yang disalurkan energinya
lebih berkurang tantrumnya
lebih berkurang meltdownnya
lebih senang tidurnya
LEBIH TENANGLAH JIWA DAN EMOSI KITA

– Amalkan Pada Anak Masing-Masing Ya –

p/s : Suka kongsi ilmu parenting di Telegram saya. Install je Telegram dan klik link ni : t.me/NotaTaufiqRazif

(Visited 130 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *