4 Tanda Kita Ibubapa Yang Salah Mendidik Anak

Bahaya betul kalau kita tak tahu yang kita selama ni salah mendidik anak . Saya percaya semua mak ayah nak yang terbaik untuk anaknya tapi mungkin sebab tak pernah ada yang ajarkan jadi kita tersilap langkah dalam mendidik anak hingga akhirnya anak menjadi rosak luaran dan dalamannya secara perlahan-lahan.

Antara tanda-tanda kita mungkin dah tersalah cara mendidik anak adalah :

1. Suka memarahi anak di depan umum
Anak-anak yang dimarahi di depan orang lain ni biasanya akan mengalami masalah dalaman berkait dengan harga diri ( low self-esteem ). Mereka cenderung merasa dirinya tak berguna dan suka menyalahkan diri sendiri.

2. Suka memaksa anak mengikut kemahuan kita
Ada ibubapa yang memang tak beri peluang langsung untuk anaknya buat sesuatu yang kena dengan minat semulajadinya. Kita kena ingat tugas ibubapa ni adalah mendorong, membimbing dan menuntun supaya apa yang anak kita minat tu tak terkeluar landasan je. Bukannya kita memaksa keinginan kita ke atas mereka. Lain orang, lain minatnya.

Antara sebab utama kenapa anak kita tak berjaya dalam benda yang dia buat adalah kerana mereka tak minat. Bila anak kita buat sesuatu tanpa minat, minda separa sedarnya ( subconscious mind ) akan menolak segala input yang cuba masuk ke otaknya. Jadi kalau anak tak minat subjek tertentu ada 2 cara je kita sebagai ibubapa kena buat :

PERTAMA : Usaha untuk bagi anak kita minat. Cara terbaik adalah dengan bagitahu apa kebaikan dan mafaat yang dia bakal dapat kalau dia mendalami benda yang dia tak minat tu.

KEDUA : Kalau anak masih tak berminat, minta anak kita fokus sefokus fokusnya pada benda yang memang dia minat. Ada seorang akauntan bernama Gurcharn Sahota yang berasal daripada Britain. Dia sanggup berhenti kerja untuk buat servis cuci kereta kerana minat yang mendalam pada servis cuci kereta.

Upah Gurcharn Sahota mencuci sebuah kereta mencecah S7,200

Oleh kerana dia betul-betul fokus pada apa yang dia minat, si Gurcharn Sahota tu sekarang ni antara tukang cuci kereta paling kaya di Britain. Dia kini dah cuci beratus buah kereta mahal seperti Ferrari, Lamborghinis, Rolls Royces hinggalah kepada F1 GTR! Semuanya hanya bermula dengan minat yang mendalam dan juga fokus walaupun minatnya nampak lekeh di mata orang lain.

3. Suka Nasihat Tetapi Kita Sendiri Yang Buat
Memang la kadang-kadang kita pun ada salah silap juga dan walau seteruk apa pun diri kita mesti kita taknak anak kita ikut kita kan tapi kita kena tahu yang anak kita ni banyak belajar daripada apa yang dia nampak sehari-hari sebenarnya.

Melalui Mirror Neuron yang ada dalam diri mereka, anak anak kita ni jadi suka meniru apa yang kita buat walaupun benda tu salah. Tu la kenapa walapun kita selalu suruh anak solat di masjid tapi kalau kita sendiri selalu solat di rumah, akhirnya anak-anak akan solat di rumah juga. Kerana mereka lebih suka ikut apa yang mereka lihat dibandingkan nasihat nasihat kita.

Tu la kenapa kalau anak saya suka buat salah, saya akan tilik diri saya dulu. Mungkin mereka meniru perbuatan saya yang salah selama ni tanpa saya sedar!

4. Suka membanding-bandingkan anak-anak.
Kadang-kadang tanpa sedar kita memuji berlebih-lebihan pencapaian akademik anak kita sehingga anak kita yang lain merasa rendah diri dan merasa tidak disayangi. Lebih dasyat lagi kalau ibubapa yang jenis suka memerli dengan niat untuk merendah rendahkan moral anak yang kurang berjaya tapi pada masa yang sama memuji melambung lambung anaknya yang berjaya.

Sikap camni sebenarnya boleh mewujudkan sifat pendendam pada diri anak kita dan biasanya dendam ni disimpan sampai la si anak tu mencapai umur dewasa! Jadi kita kena hati-hati memuji dan menyayangi ye. Jangan sampai kita terlanjur memilih kasih tanpa kita sedar. Sayangilah anak kita semua secara adil dan saksama kerana walau seburuk apa pun anak kita, itu lah anugerah terindah daripada Pencipta kita!

(Visited 9,928 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *