Bahaya Movie & Filem Pada Anak. Ibubapa Wajib Tahu

Terkejut saya bila filem dan movie animasi kanak-kanak sekarang pun dah ada adegan cium! Benda ni semua bahaya pada anak kita!

Anak saya pernah mengamuk sebab saya pergi tutup je cerita kartun yang dia tengah tengok. Ada ke patut kartun puteri yang bermuka suci tu tunjukkan cinta pada si jejaka hati dengan bercium di khalayak ramai!

Memang kartun tu kartun Barat tapi yang tengah tengok cerita tu adalah anak saya yang masih tak pandai nak bezakan antara realiti dan fantasi. Erotic content dalam filem camni hanya akan membuatkannya hilang sensitiviti ( desensitization ) terhadap gejala sosial di luar sana yang semakin hari semakin dasyat!

Biarlah anak saya bersedih sekarang daripada saya yang terpaksa menangis kesedihan di masa hadapan!

Tu la kenapa saya akan tapis dulu filem apa yang nak bagi anak saya tengok walaupun filem tu cuma kartun animasi yang nampak macam tak ada apa-apa. Kadang-kadang ada aksi yang tak senonoh yang diselit di antara babak-babak comel dan bajet suci tu.

Ada juga kartun yang menyelitkan aksi buli membuli ( contohnya Tom & Jerry ), unsur keganasan dan pergaduhan ( contohnya Ultraman & Power Rangers ) dan ada juga kartun comel yang nampak macam normal je tapi masih diselit dengan unsur biadap dan bahasa yang kurang elok ( contohnya SinChan).

Saya bukannya parent yang terlampau rigid tapi saya faham, apa yang anak saya dengar,lihat dan alami akan mempengaruhi cara hidup dan pegangan dia suatu hari nanti. Input yang masuk melalui deria penglihatan, mata dan sentuhan akan mempengaruhi maklumat yang disimpan di otak anak saya.

Silap haribulan, maklumat tu akan kekal tersimpan di otak anak saya buat selama-lamanya! Saya taknak benda-benda negatif tu semua mengotorkan otak anak saya bila dah besar nanti.

Sebenarnya yang terbaik adalah tak bagi tengok langsung movie dan filem ni pada anak-anak kita sebab tu la rumah saya memang takde TV langsung. Cuma saya faham je zaman sekarang ni tak semua sanggup nak hidup tanpa TV kan. Cuma kena faham la risiko cerita, filem dan TV ni pada anak kita.

Bahaya menonton TV tanpa pantauan mak ayah

Bayangkan, hanya dengan membiarkan TV terpasang walaupun anak kita tak tengok pun dah boleh menyebabkan perkembangan bahasanya terbantut ( language development delay ). Mengikut kajian, biasanya ibubapa akan bercakap sebanyak 940 patah perkataan dalam masa sejam dengan anak-anak tapi dengan terpasangnya TV walaupun takde pun tengok, jumlah patah perkataan ibubapa tadi akan berkurang menjadi 770 patah perkataan je!

Semakin kurang patah perkataan daripada ibubapa bermakna proses pembelajaran si anak pun makin berkurang juga!

Yang penting, ibubapa kena ada ilmu ni dan ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan anak-anak tu berkembang dengan penuh sihat dan positif. InsyaAllah kalau kita dapat amal benda ni, anak kita akan berkembang menjadi orang yang hebat suatu hari nanti.

A.M.I.N

 

(Visited 3,573 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *