Mata Anak Saya Kena Laser! Ni Bahaya Laser Pada Mata

Bahaya Tak Laser Pada Mata?

Berderau darah saya bila tengok anak saya pegang laser pointer. Lebih berderau lagi darah saya bila laser pointer tu betul betul dihalakan tepat ke mata dia! Cepat-cepat saya sambar laser pointer tu daripada tangan anak saya tu.

Aduh! Dia ingat mainan agaknya. Tu yang dia main ambil je laser pointer tu daripada bilik saya. Padahal saya dah sorokkan elok-elok dah. Camne la si comel saya ni boleh jumpa benda ni. Lepas dah suluh mata dia dengan laser pointer ni tiba-tiba je mata dia dah mula kenyit-kenyit kepedihan!

Cepat-cepat saya tengok label pada laser pointer tu. Fuh! Lega saya. Kat label tu tertulis yang ‘Max Output‘ nya kurang daripada 5 miliwatt (mW). Yang saya paling takut kalau lebih daripada 5mW je sebab ada kemungkinan retina mata boleh rosak kalau kena cahaya laser yang lebih daripada 5mW ni.

Label Pada Laser Pointer

Bila tengok lagi kat label laser pointer tu saya nampak tertulis Class IIIA. Fuh! Lega juga sebab Class IIIA ni masih dikira selamat untuk mata dan biasanya max output-nya masih dalam lingkungan 3 hingga 5mW je. Yang dikira merbahaya untuk mata ni biasanya yang max output-nya di atas 5mW dan yang Class IIIB dan Class 4.

Kesan Laser Pada Anak Saya

Cuma saya perasan anak saya duk pegang mata dia je dari tadi lepas dah suluh mata dia dengan laser pointer tu tadi. Bila dah baca label tu tadi saya dah lega la sikit walaupun anak saya masih terkenyit-kenyit matanya. Tu efek sementara flashblindness dan afterimage je tu disebabkan cahaya yang terlampau terang masuk ke mata dia tadi.

Afterimage ni macam kita tertengok flash daripada kamera la. Tiba-tibe je kita boleh nampak je lagi bayangan flash tu walaupun kita dah tutup mata kan? Biasanya benda ni akan hilang dalam 5 hingga 10 minit. Kalau lepas tu pun tak hilang juga mungkin ada retina mata yang ‘tercedera’. Jangan risau. Biasanya retina kita akan perlahan lahan sembuh dalam masa beberapa minggu.

Apa pun, jangan bagi anak main dengan laser ni ye sebab kadangkala kita tak tahu betul ke tak label pada laser tu. Jangan sampai yang Class IIIB pun dia main tulis je Class IIIA, habis rosak mata anak kita! Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ye.

 

(Visited 2,201 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *