Stress penyebab botak pada pasangan! Baca sini

Stress ataupun tekanan ni memang terbukti antara penyebab kebotakan. Cuma kebiasannya pada wanita ni, mereka tak terus botak tapi perlahan lahan bermula dengan rambut yang perlahan lahan gugur!

Perasan tak bila mandi ataupun tengah sikat rambut tiba-tiba penuh rambut jatuh berguguran?
Ataupun perasan yang rambut jadi makin menipis hari demi hari?

Mungkin tu tanda-tanda kita tengah ada masalah keguguran rambut. Masalah keguguran rambut ( gugur rambut lebih daripada 100 helai sehari ) ni ada banyak penyebab. Antaranya sebab keturunan, penyakit, ubat-ubatan, proses penuaan dan juga STRESS.

Sebab utama keguguran rambut sebenarnya adalah keturunan yang kita namakan sebagai androgenetic alopecia, suatu keadaan di mana folikel rambut kita menjadi mengecut disebabkan oleh sensitiviti pada hormon androgen yang berlebihan dibandingkan dengan orang normal yang lain.

Ni kalau sebab keturunan kan? Kalau sebab stress pulak, ada 3 keadaan ataupun penyakit yang boleh membuatkan pasangan kita yang stress tu keguguran rambut dan akhirnya boleh jadi botak! Antaranya :

1. Alopecia areata
Alopecia areata ni banyak faktor penyebabnya tapi antara penyebab yang boleh meransang terjadinya penyakit ni adalah stress yang melampau. Pada orang yang kena Alopecia areata ni, folikel rambutnya diserang oleh sistem imun tubuhnya sendiri dan akhirnya menyebabkan keguguran rambut dan juga botak!

2. Telogen effluvium
Telogen effluvium juga boleh disebabkan oleh stress. Orang yang kena penyakit ni menyebabkan folikel rambutnya masuk pada fasa berehat ( resting phase ). Dalam masa beberapa bulan, bahagian rambut yang kena penyakit ni akan tiba-tiba gugur apabila disikat dan juga apabila tengah mandi.

3. Trichotillomania
Penyakit ni menyebabkan seseorang tu timbul keiginan yang sangat kuat untuk menarik dan mencabut rambutnya sendiri. Kadangkala tu bukan rambut je yang dicabut, bulu mata dan bulu kaki pun kadangkala tu menjadi mangsa orang yang ada Trichotillomania ni. Timbulnya keinginan pelik ni dikatakan sebagai cara seseorang tu nak handle perasaan yang negatif dalam diri sendiri sperti perasaan sunyi, kecewa dan juga stress! Jadi, bila stress je orang yang ada Trichotillomania ni akan mula tarik rambutnya sehelai demi sehelai sampai akhirnya rambut jadi makin menipis dan botak.

 

Tu la kenapa antara cara nak bagi pasangan kita kembali handsome ataupun kembali cantik adalah dengan kita mengurangkan dan mengawal tahap stress pasangan kita tu sendiri. Cara terbaik untuk mengurangi stress pasangan kita adalah dengan menjadi pendengar yang baik, kurangkan menghakimi dan jadi penolong yang setia untuk pasangan kita tu. Khidmatlah tanpa henti pada pasangan kita tanpa kita harapkan balasan. InsyaAllah akhirnya Allah akan detikkan hati pasangan kita untuk mula membantu dan memberi khidmat kepada kita. Amalkan sekarang ye.

 

 

(Visited 263 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *