5 Cara Nak Bagi Anak Tidur Cepat. Mak Ayah Wajib Baca

Waktu anak kita tidur adalah waktu yang sangat berharga sebenarnya. Waktu tu la mak ayah boleh ada ‘me time‘ dan juga waktu nak khidmat pada pasangan masing-masing.

Waktu tu juga la kita ibubapa ni nak isi tenaga balik selepas seharian berhempas pulas dengan kerja dan jaga anak-anak yang bermacam ragai perangai tu kan.

Sebab tu la semua yang bergelar mak ayah kena ada ilmu untuk tidurkan anak dengan cepat. Bayangkan apa akan jadi pada kualiti kerja dan hidup seharian kita kalau anak asyik tidur lambat je kan?

Ok. Ni saya kongsi 5 cara terampuh nak bagi anak cepat tidur :

1. Jangan Tunggu Anak Mengantuk Baru Nak Tidurkan Mereka
– Jangan! Anak memang dicipta dengan fitrah bermain untuk membantu tumbesaran dan perkembangan mereka tapi kadangkala mereka bermain melebihi keperluan sebenar mereka. Selagi tenaga tu tak habis jangan harap mereka nak tidur. Boleh baca berapa jam sepatutnya anak kita tidur dalam sehari kat sini

– Jangan tunggu anak mengantuk! Kita yang kena bagi mereka mengantuk dulu! Nak tunggu mereka mengantuk kadang tu pukul 3 pagi pun mata si comel segar lagi kan. Kita yang kena wujudkan suasana yang selesa untuk anak kita tidur, lampu yang terang tu tukar kepada lampu yang suram ataupun boleh je matikan terus kalau tu je cara yang boleh buat si comel kita jadi mengantuk

2. Suasana Bilik Kena Jaga
– Perasan tak kadang-kadang tu kita nak baring dekat tempat tidur anak pun kita serabut? Dengan mainan yang berterabur, kesan mee goreng semalam, tilam yang masam dan kesan muntah yang tak dicuci dengan betul memang buat kita serabut!

– Kalau kita pun miserable, apatah lagi anak-anak kan? Jadi amik masa setengah jam sebelum nak bagi anak tidur tu siapkan dulu tempat tidur mereka. Boleh? Bila mereka selesa, tidur mereka pun jadi cepat dan paling penting tidur mereka pun lebih lena. Tidur yang lena ni sangat penting untuk perkembangan si comel kita.

3. Jadualkan Kegiatan Mereka Sebelum Tidur
– Sejam sebelum waktu tidur pastikan kita biasakan anak kita untuk membuat persiapan sebelum tidur. Contohnya gosok gigi ke, tukar pampers ke ataupun bersiap untuk bedtime story ke.

– Kegiatan ni semua akan buat anak kita sedar yang waktu tidur dah hampir sampai jadi otak mereka akan bersiap sedia untuk tidur tanpa kita suruh suruh lagi.

4. Jangan Ubah Waktu Tidur Anak Kita
– Kalau hari ni anak kita tidur pukul 10 malam, esok pun kena tidur pukul 10 malam dan begitulah seterusnya. Benda ni sangat penting sebab benda ni la yang akan bentuk tabiat tidur anak kita

5. Jangan Bagi Anak Gadjet Sebelum Tidur
– Lampu daripada gajet tu mungkin boleh menghalang pelepasan hormon melatonin pada si comel kita. Hormon melatonin tu la yang membuatkan si comel kita merasa letih dan buatkan si comel kita rasa nak tidur.

– Kekurangan melatonin boleh membuatkan anak kita jadi lebih susah nak tidur. Tu yang anak kita boleh je tengok Youtube sampai pagi esok kan? Jangan rosakkan kualiti tidur dan kehidupan anak kita dengan pendedahan gajet yang berlebihan ye.

InsyaAllah bila kita boleh amal 5 benda ni hidup kita akan lebih tenang. Bila anak dah tidur lah kita boleh curi masa untuk berehat dan guna masa tu sepenuhnya untuk pasangan kita ataupun diri kita sendiri. Jom ajar pasangan masing-masing ilmu ni ye. InsyaAllah akan sangat meningkatkan kualiti keharmonian rumahtangga kita juga.

A.M.I.N

 

:: Sentiasa periksa update artikel terbaru di taufiqrazif.com ye. Dalam ni saya akan banyak bagi ilmu penting tentang parenting, rumahtangga, dan kesihatan

(Visited 8,564 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *