Bahaya betul fahaman taknak makan Folic Acid ni

Gelisah pulak saya bila baca tentang fahaman-fahaman pelik yang taknak bagi mak mak mengandung ni makan Folic Acid. Percayalah doktor yang suruh awak makan Folic Acid tu pun amal Folic Acid bila dah disahkan hamil. Ada tu sebelum hamil pun dah amik Folic Acid sebab Folic Acid ataupun Obimin ni sangat la penting untuk perkembangan sel bayi.

Folic Acid ni nanti akan sangat berguna pada saat organogenesis ( waktu organ mula terbentuk ) masa usia kandungan 5-10 minggu. Waktu ni la waktu yang paling penting sekali sebab waktu ni la menentukan samada organ yang anak kita nak pakai sampai ke tua nanti tu elok ke tak. Bayangkan sebarang kecacatan proses penghasilan organ pada masa tu boleh menyebabkan anak kita mengalami masalah organ sampai la mereka tua. Biasanya pada Trimester pertama ni juga la banyak kes keguguran berlaku.

Masa organogenesis la Folic Acid akan digunakan oleh si comel kita yang sedang terbentuk tu. Folic Acid ni umpama bahan binaan yang akan melengkapkan proses pembentukan organ-organ si comel kita kat dalam perut tu. Mereka masa tu sangat bergantung dengan Folic Acid yang kita ada.

Apa jadi kalau bekalan Folic Acid tu tak cukup?

Antara benda dasyat yang boleh berlaku pada anak kita adalah Neural Tube Defects iaitu masalah pada pembentukan otak dan saraf ). Antaranya :

  1. Encephaloceles – Otak berada di luar tengkorak

2. Anencephaly – Otak tak terbentuk

 

 

3. Hydraencephaly – Tempat yang sepatutnya ada otak dipenuh dengan air

 

4. Spina Bifida – kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah

 

 

Saya nak taip ni pun sebak bila terpaksa letak gambar bayi yang menyayat hati ni. Saya tak tahu la apa yang seorang ibu terpaksa hadapi bila ditakdirkan anaknya sebegini. Sebab tu la para doktor dan petugas kesihatan suruh ambil sangat Folic Acid ni. Bukan suka suka nak bagi tapi memang terbukti pengambilan Folic Acid ni boleh membantu untuk mencegah penyakit-penyakit di atas. Tolong sebarkan info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing juga ye. Semoga anak dan zuriat kita semua dilahirkan selamat dan sihat wal’afiat.

A.M.I.N

Kredit Gambar : Ihsan Google

(Visited 16,392 times, 4 visits today)

2 Comments

  1. Dkna Abza October 8, 2017 at 3:50 pm

    Allahuakbar.. Tak sanggup rasanya nak tengok anak-anak jadi macamni sebab tak ambil folic asid.. Kadang, ibu hamil yang takut sangat tu sebab mitos “jangan ambil apa2 ubat, nanti anak cacat”..

    Tak ada kesedaran .. Semoga info ni dpt membantu ibu muda diluar sana dari terus dibelenggu mitos entah apa2.

    Reply
    1. taufiq October 10, 2017 at 2:10 am

      Aminnn

      Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *