Takut Bayi Kena Penyakit Kuning? Guna Je 3 Cara Mudah Ni Untuk Kenalpasti Jaundice

Memang bayi ni masih sangat rapuh. Lebih-lebih lagi yang baru lahir. Hatinya pun belum matang betul lagi macam kita orang dewasa. Tu la kenapa mereka mudah kena penyakit kuning atau jaundis ( jaundice ) ni.

Tapi jangan risau sangat. Kebanyakan bayi yang kena jaundis ni disebabkan jaundis fisiologis ( physiological jaundice ). Biasanya jaundis yang tak merbahaya ni berlaku 24 jam selepas bayi tu dilahirkan. Biasanya hari ketiga sampai hari kelima parasnya akan sangat meningkat tapi akan semakin menurun pada hari keenam dan ketujuh.

Yang bahaya kalau jaundisnya terjadi dalam 24 jam pertama selepas kelahiran ataupun jaundisnya masih tak berkurang walaupun dah lebih seminggu. Kalau jaundis yang fisiologis insyaAllah tak perlu risau sangat kecuali ada tanda-tanda demam, lesu dan taknak menetek.

Sebab tu penting untuk mak ayah tahu teknik untuk tahu samada bayi yang baru lahir dan dah selamat pulang ke rumah tu ada tanda-tanda jaundis ke tak. Senang je. Guna 3 cara mudah ni :

PERTAMA : Tengok pada bahagian mata putih bayi tu ( sclera ). Ada tak macam kekuning kuningan. Kalau ada, ada kemungkinan bayi kita dah mula kena jaundis

KEDUA : Tekan pada bahagian hidung bayi. Tekan selama tiga hingga empat saat dengan menggunakan jari telunjuk. Kemudian, lepaskan. Kalau bayi yang ada jaundis, biasanya bahagian tu akan berwarna kekuning kuningan.

KETIGA : Guna cara yang sama juga pada gusi bayi.

Apa nak buat kalau bayi kena jaundis?

Jangan panik. Bawa ke hospital atau klinik kesihatan terdetak untuk periksa keadaan jaundisnya. Kalau bacaannya masih di bawah 280 mikromol/l biasanya bayi dibenarkan pulang. Yang penting, susu badan kena bagi dengan kerap dan pastikan si comel kita kencing dan berak dengan kerap. InsyaAllah kalau bayi menyusu dengan kerap ( 8-12 kali sehari ), jaundis dan penyakit kuningnya akan berkurang dengan lebih cepat.

Ilmu ni jarang diajar di tempat lain tau jadi tolong sangat-sangat simpan info yang saya bagi ni. InsyaAllah akan sangat berguna bila korang nak timang cahaya mata baru nanti. Jangan sampai anak dah kena jaundis yang teruk baru nak bawa pergi jumpa doktor disebabkan mak ayah tak tahu pun anak tengah kena jaundis!

p/s : Jaundis yang teruk sangat akan menyebabkan bayi kita kena KERNICTERUS. Sejenis kerosakan pada otak akibat mendapan bilirubin pada tisu otak.

#taufiqrazif.com

(Visited 9,778 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *