Anak Kita Makan Tahi Bang! Bahaya Tak?

Pengalaman paling tak boleh saya lupa bila anak saya tiba-tiba je terkam tahi sendiri dan cuba masukkan dalam mulut dia masa saya tengah mandikan dia.

Yekss!

Rupanya bila tanya mak saya, saya dulu lagi dasyat. Siap kacau tahi kat atas lantai macam tengah ready nak buat kek. Tanpa segan silu, terus ngappp!

Nak marah tak boleh jugak sebenarnya sebab anak-anak kita ni sebenarnya tengah asah dan ransang diorang punya ‘ oral sensory ‘. Memang kanak-kanak bawah umur 2 tahun ni sangat suka kutip benda dan masukkan dalam mulut dia.

Ada emak emak yang sensitif sangat ni langsung tak bagi anak kutip benda dan masukkan dalam mulut diorang sampaikan perkembangan oral sensory anak diorang jadi terbantut! Akhirnya anak jadi seorang yang cerewet makanan ( picky eater ), percakapan pun jadi tak berapa lancar, tak suka bila disuap dengan sudu dan garpu, bila kita nak bagi makan pun suka larikan diri dan akhirnya boleh jadi tantrum ataupun ada emosi ketakutan.

Tugas emak ayah ni adalah pantau. Pantau dan pantau, bukan menghalang semua benda yang anak kutip. Bila anak kutip duit, bateri,sabun, tahi dan benda yang merbahaya baru la halang. Kalau setakat kutip habuk sekali sekala tu biarkan je lah. Biar dia kenal benda apa yang boleh dimakan dan benda apa yang tak boleh dimakan. Biar si comel kita kenal tekstur, suhu dan bentuk sesuatu benda melalui pengalaman mengutip benda tu.

Kalau termakan tahi sekalipun, jangan terlalu risau. Cuci je sebersihnya dan bagi anak minum air sebanyaknya. Selagi takde tanda-tanda keracunan makanan seperti :
– cirit birit
– muntah muntah
– menangis tanpa sebab yang jelas ( anak sakit perut tapi dia tak pandai nak bagitahu )

InsyaAllah takde masalah. Biasanya dalam umur 2 tahun ke atas anak dah mula tak mengutip sangat dah sebab si comel kita tu dah tahu dah nak bezakan yang mana boleh makan dan yang mana tak boleh dimakan.

Tolong ajar ilmu ni kat pasangan dan keluarga masing-masing juga ye sebab benda ni akan bagi impak yang sangat besar pada perkembangan si comel kita.

(Visited 6,558 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *