Bahaya Betul Lagu Johny Johny Yes Papa!

Saya gelisah sebenarnya bila dengar betul-betul lirik lagu Johny Johny Yes Papa ni. Lagu kanak-kanak ni mengisahkan seorang budak bernama Johny pergi makan gula tanpa pengetahuan ayah dia.

Bila ayah dia tanya ada makan gula tak. Si Johny ni taknak mengaku. Dia cakap ” No Papa! “. Ayah dia tanya sekali lagi ” Awak berbohong ye? “. Sekali lagi si Jonhny tu jawab ” No Papa! “.

Bila ayah dia suruh si Johny ni bukak mulut baru la kantoi si Johny ni kemam gula dalam mulut dia. Lepas tu si Johny ni ketawa “Hahaha!!”.

Ehh jappp!!

Dalam video ni takde tunjuk pun balasan orang yang menipu!
Dalam video ni takde pun lirik yang menunjukkan bahawa menipu ni benda tak baik dan tercela!

Saya yang dah umur nak masuk 30an ni pun tak dapat cari pengajaran dan nilai baik dalam video ni apatah lagi anak saya yang baru je berumur 3 tahun?

Jadi kepada ibubapa kat luar sana. Saya sarankan tapis sebaik mungkin video yang anak kita tengok. Kadang kala tu video yang anak kita duk tengok tiap hari nampak je comel dan kiut tapi lirik dan mesej yang disampaikan dalam lagu tu boleh meresap masuk ke dalam minda separa sedar ( subconscious mind ) dan mempengaruhi kelakuan anak kita bila dah besar nanti.

 

p/s : Saya google dan cari apa je pelajaran yang orang dapat daripada lagu kanak-kanak Johny Yes Papa ni. Ada yang kata nak ajar anak jangan menipu. Katanya lepas dah tengok video, mak ayah kena bagitahu anak yang si Johny tu salah. Bayangkan kalau tiap hari anak kita tengok video ni dan anak kita yang suci murni tu akhirnya jadi pandai menipu mak ayahnya sendiri hanya kerana kita tak sensitif dengan apa yang anak kita duk tengok tiap-tiap hari.

(Visited 2,003 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. Cikla Shahril October 2, 2017 at 12:26 pm

    Dulu anak saya pun suka dgr lagu ni… Liriknya mmg senang nk diingat… Ibu bapa mmg kena pantau.. Mujurlah anak saya dh x dgr lagu ni lagi sbb dh jarang bagi dia tgk YouTube.

    Reply
    1. taufiq October 3, 2017 at 9:50 am

      youtube memang tak bertapis sangat dah sekarang puan

      Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *