Bila anak rosakkan barang berharga. Aduh!

Pergh!
Balik je daripada solat isyak semalam saya nampak kepingan-kepingan keyboard laptop Acer Ferrari saya berterabur di sana sini.

Saya nampak juga dua budak kecik bernama Maryam Soolihah dan Muhammad Solahuddin tengah senyum gembira bersama kepingan kepingan keyboard saya!

 

Apa pilihan yang saya ada?

a. HERDIK
Bila saya herdik anak saya. Mereka mesti akan menangis dan terkejut sebab saya memang tak pernah herdik mereka. Lebih dasyat lagi herdik hanya memuaskan nafsu amarah saya je sedangkan emosi anak boleh terganggu buat selamanya.

b. MAKI
Saya boleh maki tapi camne kalau waktu tu Tuhan tengah buka pintu langit dan setiap perkataan saya walaupun berbentuk makian diangkat dan menjadi doa yang dimakbulkan? Saya penah tahu kes seorang ibu yang sayang sangat anak dia sampai dia update kat Facebook dia lebih kurang camni ” Please dont grow up anakku ” dan ajaibnya memang anak dia lepastu mengalami developmental delay. Anak dia memang tak besar-besar!

c. CUBIT
Saya boleh je nak cubit tapi saya kena la pastikan dulu saya dah pernah bagi peringatan sebelum ni kat anak saya. Bila berkali kali bagi peringatan baru la boleh nak mula dengan cubitan peringatan. Tu pun kena cubit dengan emosi yang stabil. Kalau cubit dengan emosi yang tak stabil dikhuatiri akan merosakkan kepercayaan anak pada diri kita yang mereka percaya sebagai pelindung mereka.

d. TEGUR
Saya akan tegur mereka tanpa mengikut amarah di hati. Tegur hanya peringatan untuk mereka tak mengulanginya lagi dan kerana mereka berdua ni pun mungkin tak tahu bahawa menghempas laptop dan mencabut kepingan keyboard adalah suatu kesalahan

e. SYUKUR
Bersyukur sebab setidaknya saya tahu anak saya sebenarnya sedang meneroka benda di sekelilingnya. Tu petanda otak, psikologi dan badan anak saya sedang berkembang dengan sihat! Dengan meneroka ni la sebenarnya mereka sedang mengasah kreativiti mereka.

 

 

Saya tarik nafas dalam-dalam dan paksa diri saya untuk kawal emosi yang tengah terkejut. Akhirnya saya berjaya pilih tindakan ‘ d & e ‘. Saya pilih untuk tegur si comel saya tu dan juga pilih untuk bersyukur dengan apa yang terjadi.

Apa pilihan korang kalau di tempat saya?
a?
b?
c?
d?
atau e?

Taufiq Razif,
Pemilik laptop Acer Ferrari

p/s : Cuba tanya pasangan masing-masing dan tengok apa jawapan mereka 

** Sila follow Facebook Taufiq Razif & set See First ye supaya tak tertinggal ilmu parenting yang lebih penting

(Visited 390 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *