Semua Mak Ayah Wajib Tahu 5 Perangai IbuBapa Yang Sangat Merbahaya Untuk Anak.

Mak ayah mana la tak sayang anak kan tapi kadang-kadang tanpa sedar ada perangai kita yang sangat merbahaya untuk si comel kita sendiri.

Ni 5 perangai yang sangat merbahaya tu :

PERTAMA : Suka Bagi Anak Gajet
– bila nampak anak macam bosan je terus bagi tablet la smartphone. Kononnya takut anak bosan. Umur tak sampai setahun pun dah mula manjakan dengan gajet.

Jangan!

Ikut American Academy of Paediatrics ( AAP ) jangan sekali kali dedahkan anak di bawah umur 18 bulan dengan skrin gajet kecuali untuk video chatting dengan keluarga. Tu pun sekali sekala je.

Umur 2-5 tahun pulak, bukan tak boleh langsung tapi limitnya cuma 1 jam je sehari dengan gajet.

KEDUA : Suka bagi anak jajan dan minuman berkarbonat
– kalau kita sebagai ibubapa sengaja bagi makanan ni semua sampai jadi habit pada anak-anak memang la sangat bahaya.

» jajan tu terlampau tinggi kalori tapi takde nutrisi. Dengan kandungan gula yang tinggi, pewarna dan penyedap rasa yang entah apa-apa memang boleh efek perkembangan otak si anak. Ikut kajian, anak yang didedahkan dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan beri kesan yang besar pada IQ nya.

» Air gas berkarbonat pula sebenarnya antara penyebab terbesar obesiti dan kencing manis pada kanak-kanak. Asid fosforik, garam, perisa dan pewarna tiruan dalam tu memperburuk lagi kesannya pada anak-anak kita

KETIGA : Suka kritik perbuatan anak
– anak ni memang ada naluri untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka suka explore sebab dengan cara tu je otak mereka boleh berkembang. Anak yang selalu dikritik biasanya takkan berminat lagi untuk mencuba benda baru dan hilang keyakinan diri. Benda ni akan sangat bagi efek buruk pada perkembangan otak dan psikologi si comel kita.

KEEMPAT : Suka membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain
– Anak yang selalu dibandingkan ni biasanya akan sangat kecewa dengan diri sendiri dan merasa dirinya bodoh dan takde keyakinan diri sampailah dewasa nanti. Benda yang kita kena tahu adalah, kepintaran seseorang anak tu berbeza. Tak semestinya anak yang tak boleh skor A dalam peperiksaan tu tak pandai. Jika anak tak mampu nak skor dalam exam, apakata kita cuba cari pulak potensi si comel kita tu dalam sukan ( body smart ), menulis ( word smart ) dan memimpin ( people smart )

KELIMA : Bagi je apa anak nak
– yang ni paling bahaya sebenarnya. Anak yang terbiasa dapat je apa yang dia nak akan merasa dirinya boss dan kita adalah hamba dan pekerjanya. Jangan pelik bila anak dah mampu berdikari dan ada kemampuan kewangan sendiri nanti akan merasa ibubapanya sebagai beban hidup je.
Biasanya anak yang selalu dapat apa mereka nak ni jugak akan ada perangai tantrum. Mereka akan jadikan amukan mereka sebagai senjata kerana mereka tahu setiap kali mereka mengamuk dan menangis permintaan mereka akan ditunaikan. Sebab tu sekali sekala pekakkan je telinga tu bila anak mengamuk nakkan sesuatu.

Kita kena ajar mereka bahawa tak semua yang mereka nak tu mereka akan dapat dan juga supaya si comel kita faham bahawa tantrum tu tak boleh jadi senjata untuk dapatkan apa je yang mereka nak. InsyaAllah kalau kita boleh baiki kelima-lima perangai tak elok tu perkembangan anak kita akan sangat memberansangkan. Tolong ingatkan dan kongsikan pada pasangan masing-masing juga ye.

(Visited 9,252 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *