Sayang, saya suka kuih awak ni. Cerita ini benar-benar ubah hidup saya!

” Sayang, saya suka kuih awak ni ”

Harini saya dapat Whatsapp daripada ayah saya yang duduk di kampung. Eh. Nampak macam video je ni. Jarang ayah saya Whatsapp dalam bentuk video. Biasa Whatsapp tanya khabar je.

Misteri betul.

Saya pun bukak la video misteri tu. Ya Rabbi. Rupanya video tu berisi cerita yang sangat membuatkan saya jadi sebak dan terharu. Isi videonya lebih kurang camni :

Mak saya suka sangat masak makanan yang sedap sedap. Saya ingat lagi suatu kejadian yang saya takkan dapat lupakan. Mak saya letak kuih yang dah hangit di depan ayah saya. Bukan hangit biasa tapi dah betul betul rentung taw!

Saya tertunggu tunggu jugak apa kata ayah saya kan tapi yang peliknya ayah saya diam je dan makan kuih tu dengan penuh nikmat. Saya jadi pelik! Yang saya ingat, ayah saya cuma bertanya pada mak saya dengan nada yang cukup halus.

” Camne kerja harini? Okey tak? ”

Mak saya tak jawab pertanyaan ayah saya tu tapi yang ajaibnya tiba-tiba dia je mintak maaf kat ayah saya tentang kuihnya yang hangit rentung tu!

Saya takkan lupa kata-kata ayah saya yang satu ni. Kata-kata ni saya akan ingat sampai bila-bila ;

” Sayang, saya suka kuih awak ni. ”

Sebak betul saya! Itu je kata-kata ayah saya pada emak. Takde pun dia mengata dan mengutuk masakan mak. Bila mak dah takde, saya tanya kat ayah kenapa ayah tak cakap je benda sebenar kat mak kan. Yela, kuih hangus rentung camtu mana la sedap. Saya pun tak lalu! Sambil ayah pegang bahu saya dengan lembut dia pun berkata :

” Wahai anakku sayang. Mak kamu tengah stress dan ada masalah kat tempat kerja dia. Mak kamu letih sangat. Sebab tu la kuihnya tak macam kuih yang kita biasa makan tu ”

” Kuih yang hangus dan rentung ni takkan mencederakan ayah pun tapi kata-kata yang tajam mesti akan mencederakan emosi dan perasaan mak kamu ”

Ya Allah. Lepas je saya tengok video ayah saya ni tiba-tiba je saya rasa bersalah kat isteri saya. Betapa banyak dah kesilapan saya pada isteri. Kadang-kadang saya terlalu fokus pada kesilapan dia sampai saya lupa beban emosi yang isteri saya terpaksa tanggung untuk menguruskan pekerjaan rumahtangga dan juga beban di tempat kerjanya.

p/s : Terima kasih ayah kerana mengajar saya untuk menyantuni dan menghargai menantu ayah ni ye. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi komunikasi dan perhatian saya pada isteri.

(Visited 279 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *