Percayalah! Pujian dan penghargaan itu akan membangkitkan potensi terpendam anak!

” Abi, tengok ni ”

Sambil dia pegang tangan saya, Maryam Soolihah akan bawa saya ke bilik barang mainannya. Di situ la dia bina bermacam jenis benda yang aneh-aneh daripada legonya.

Kadang-kadang si Maryam ni buat bunga.
Kadang dia buat sotong.
Kadang dia buat kereta api.

Walaupun aktiviti si Maryam ni kadangkala buat saya pening sebab rumah saya ni boleh dikatakan bersepah 23 jam dalam sehari. 1 jam je kemas dah mula sepah balik. Daripada pintu ruang tamu sampai la ke bilik belakang penuh dengan mainan yang bersepah tapi jauh di lubuk hati saya bahagia sangat!

Saya bahagia sebab saya tahu perkembangan motorik halus ( fine motor skills ) anak saya sedang berkembang pesat. Skill ni la nanti berguna untuk si Maryam Soolihah ni menulis, mewarna, berus gigi, menjahit dan sangat berguna untuk bakat melukisnya nanti.

Saya pun ajar isteri saya juga supaya jangan kritik dan kecam perangai suka sepahkan mainan ni. Biarkan je! Tegur sikit-sikit tu boleh tapi jangan kritik atau kondem sebab kritikan ibubapa ni lah sebenarnya racun paling bahaya untuk si anak. Anak yang selalu dikritik biasanya akan selalu menyalahkan dan membenci diri sendiri dan akhirnya membesar menjadi orang dewasa yang penuh dengan aura negatif.

Saya tak pernah suruh anak menulis, melukis dan berkreariviti dengan mainan legonya tapi benda tu la yang anak saya obses padahal sikit pun saya tak suruh anak saya buat semua tu.

Guna je teknik PUJI dan HARGAI.

Bila anak kita siap lukis gambar ikan dan dia tunjukkan kat kita, jangan sibuk main handphone. Letak je sejenak handphone tu dan puji dengan seikhlas hati karya anak kita tu.

Bila anak kita siap buat robot dengan legonya jangan kita buat endah-endah tak endah. Tunjukkan yang kita BANGGA dengan pencapaian dia. Wow! Cantiknya robot anak ummi ni. Wow! Hebatnya anak mama buat robot! Pegang robot tu dan tunjuk robot tu kat suami kita sekali. Abang, tengok ni anak kita buat robot la. Pandai anak kita kan bang?

Percayalah, anak kita sebenarnya tengah tersenyum puas di dalam hatinya dan percayalah, dia takkan pernah jemu untuk membanggakan kita dengan pencapaian-pencapaian yang lebih hebat dan dasyat bila dah besar nanti!

Taufiq Razif,
Abi Maryam Soolihah

(Visited 205 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *