Kesian si anak tu bila mak ayah bawa ke kedai mamak yang penuh perokok

Sedih sangat bila tengok ada si suami celebrate isteri yang baru habis pantang dengan bawa anak kecil yang masih sangat rapuh tu makan kat kedai mamak!

Ya Allah! Saya tengok asap rokok berkepul-kepul memenuhi ruangan kedai mamak tu tapi mak ayah si anak tu rilek je pekena roti canai sambil si anak masih tidur dengan lena dalam dakapan mak dia.

Kalau la diorang tahu fakta ni nescaya diorang akan rasa bersalah sangat dengan anak diorang tu.

1. Setiap tahun 570,000 kanak-kanak usia di bawah 5 tahun meninggal akibat jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh asap rokok dan udara yang tercemar.

2. Kanak-kanak yang terdedah dengan udara yang tercemar ni pun biasanya paru-parunya tak dapat berfungsi dengan baik, otak pun terencat perkembangannya dan silapharibulan boleh trigger penyakit asma.

3. Efek buruk asap rokok bukan untuk jangka masa pendek je. Bila si comel kita tu dah dewasa nanti dia akan cenderung untuk dapat penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan yang kronik, strok dan juga kanser!

Semua ni bukan benda kecil bagi saya sebab melibatkan nyawa dan masa depan si comel yang tak bersalah. Tu yang saya rasa sayu je tengok wajah anak kecil tu yang tengah lena tidur walaupun dikepung asap rokok yang beracun tu.

p/s : Kalau nak cam anak kita dapat jangkitan paru-paru tengok tanda-tanda ni : Tiba-tiba jadi tak selera makan, batuk-batuk, demam dan juga pernafasan jadi lebih laju daripada biasa. Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan dan segera jumpa doktor ye kalau ada tanda-tanda ni.

(Visited 135 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *