Kenapa ayah ni sangat penting bagi seorang anak? Para bapa kena baca info ni

Ramai sebenarnya tak tahu yang seorang ayah ni sangat penting untuk perkembangan anak-anak.

Sebab tu dalam rumahtangga ni penting untuk libatkan mak dan ayah untuk jaga anak-anak. Tak boleh jugak kalau biar ayah keluar cari nafkah dan tinggal je anak-anak kat maknya 100%. Buruk kesannya kalau buat camtu.

Kenapa?

1. Lebih Berisiko Kena Penyakit

Anak yang kematian ayah atau ditinggalkan ayahnya lebih berisiko nak kena penyakit dalam hidupnya. Kenapa? Kajian menunjukkan anak yang ditelantarkan ayahnya sendiri akan mempunyai Telemores yang lebih pendek sebanyak 14% daripada anak yang mendapat sepenuh perhatian dan penjagaan daripada ayahnya.

Telemores ni salah satu komponen yang melindungi sel tubuh. Telemores yang pendek dikaitkan dengan kanser dan penuaan.

2. Rasa Percaya Diri Kurang

Anak yang kurang mendapat perhatian ayahnya biasanya akan mengalami konflik dalaman sehingga menjejaskan rasa percaya diri. Kajian daripada Pennsylvania State University menunjukkan anak yang mendapat perhatian ayahnya mempunyai rasa percaya diri yang lebih kuat.

3. Lebih Cenderung Dengan Masalah Sosial dan Konflik Dalaman

Anak yang tak dapat cukup perhatian daripada ayahnya biasanya akan terlibat dengan gejala sosial dan juga berdepan dengan bermacam masalah hidup.

Ni faktanya :

– 71% remaja yang berhenti sekolah di US datang daripada rumahtangga yang takde ayah
– 63% remaja yang bunuh diri di US pun datang daripada keluarga yang takde ayah

4. Hilang Rasa Percaya Pada Lelaki

Jangan terkejut kalau sebenarnya seorang ayah tu mewakili para lelaki di luar sana pada pandangan anaknya sebab tu la biasanya anak yang ditinggalkan ayah kandung sendiri akan membenci semua lelaki dan menganggap semua lelaki tak boleh dipercayai hatta suaminya sendiri!

5. Efek pada IQ

Kajian daripada University of Newcastle sendiri menunjukkan penglibatan seorang ayah secara aktif dalam membesarkan anaknya sebenarnya boleh meningkatkan IQ si anak tu sendiri!

Jadi nak anak kita ada IQ yang tinggi? Ajak la pasangan kita semua untuk sama-sama membesarkan anak-anak dan beri sepenuh perhatian pada si comel tu.

p/s : Yang mana sedang “pjj” tu amalkan je tips mahal ni. Kena selalu cerita kat anak-anak tentang ayah diorang. Biar anak-anak rasa ayah diorang tu dekat je di hati walaupun hakikatnya jauh di mata.

p/s : Betapa ajaibnya cinta seorang anak pada ayahnya kan? Sehingga tanpa si ayah, hidup anak kita boleh kacau bilau dibuatnya. Jadi tolong ingatkan pasangan masing-masing untuk sama-sama beri perhatian pada anak anak ye.

(Visited 376 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *