Kenapa anak kita boleh jadi nakal? Apa pun mintak dijauhkan la ye!

Kalau Anak Nakal..

Kalau Ahmad Solahuddin atau Maryam Soolihah nampak macam nakal sikit mesti saya akan tilik diri saya dulu.

– mungkin jiwa saya tengah kacau. Jadi saya akan amik masa untuk tilik hati saya balik. Saya akan amik nafas dalam-dalam dan cuba ubah balik monolog ataupun cara percakapan saya dengan hati saya sendiri. Ni teknik paling berkesan kalau kita nak positifkan balik benda-benda negatif dalam diri.

– mungkin juga saya ada buat sesuatu kat isteri saya sampai emosi isteri saya jadi tak stabil. Mungkin saya lupa nak berterima kasih atas susah payah isteri saya menguruskan rumahtangga atau mungkin saya lupa nak bantu dia menguruskan pekerjaan rumahtangga sampaikan dia mengalami kelelahan emosi yang akhirnya beri kesan pada emosi anak saya sendiri jugak kan. Anak-anak boleh detect emosi ibubapa tau!

– atau mungkin saya tak jaga solat saya atau lalai dalam berzikir pada Pemilik sebenar hati dan jiwa anak-anak saya sehingga Dia bagi ujian kenakalan pada anak-anak saya supaya saya kembali ingat pada Dia. Kadangkala kita terlalu asyik dengan dunia kan. Balas whatsapp, main Facebook dan update Instagram tak berhenti sampai lupa nak balas senyuman anak-anak.

Kadangkala anak tegur kita, senyum kat depan muka kita tapi kita jawab ‘hmmmmm’ je. Bayangkan betapa hancurnya hati anak kita. Sebenarnya tu la teknik penderaan emosi yang biasa kanak-kanak zaman moden macam sekarang ni alami. Cukup dengan ketidakpedulian ( Ignorance ) je sebenarnya dah boleh dikira penderaan emosi. Parut penderaan fizikal boleh sembuh tapi parut penderaan emosi ni boleh kekal sampai la ke tua.

p/s : Jom mulai harini kita pakat-pakat tilik diri kita dulu sebelum kita salahkan anak-anak kita. Tolong ajar ilmu parenting ni pada pasangan kita juga ye

(Visited 348 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *