Basuh botol susu dengan garam dan beras je? Biar betul!!

Tadi isteri saya ajar petua nak cuci botol susu kalau pergi travel. Kebetulan saya memang tengah ke KL sekarang ni.

1. Sebaiknya jangan sampai bekas susu tu dah berkerak dan basi baru nak cuci. Paling bagus cuci sebelum timbul bau yang tak best

2. Gunakan 50% beras + 50% garam sebagai bahan untuk gantikan berus botol susu tu

3. Masukkan campuran tadi tu dan air panas ke dalam botol susu

4. Goncang je sampai dah yakin semua bekas susu tu dah terhakis semua

Ajaibnya memang sampai ke dasar botol tu cuci dan bersih! Jadi lepasni tak payah bawak berus dan sabun pencuci botol susu dah.

 Follow Facebook Taufiq Razif & set See First ye kalau taknak terlepas tips parenting yang lebih penting

(Visited 344 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *