Bahaya upload gambar seksi anak! Orang yang bernafsu pada kanak-kanak ni biasanya..

Orang yang bernafsu pada kanak-kanak ni biasanya :

1. Nampak baik sangat dengan budak-budak. Suka belikan jajan dan gula-gula untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak tersebut

2. Biasanya pedofil ni orang yang dikenali kanak-kanak tu sendiri. Pakcik ke ayah tiri ke jiran ke. Semua ada potensi untuk jadi pedofil

3. Dia suka cari kanak-kanak yang jauh dari perhatian mak ayahnya sendiri. Biasanya pedofil ni takkan cabul kanak-kanak tu sehingga la dia berjaya dapatkan sepenuh kepercayaan si kanak-kanak tadi tu. Anak yang datang daripada keluarga yang berpecah belah biasanya mudah percayakan orang luar

4. Suka tengok kanak-kanak yang berpakaian seksi di internet. Mereka ada laman web rahsia mereka sendiri dan hanya boleh diakses oleh geng mereka sahaja

5. Sangat takut kalau rahsia mereka terbongkar. Jadi kita sebagai mak ayah kena la sensitif dengan perubahan sikap anak kita. Kadang-kadang anak kita tak pandai nak cerita mereka dicabul pedofil tapi kita boleh nampak perubahan pada sikap dan emosi mereka

Jadi kalau ada je kita perasan ada aktiviti jenayah seksual pada kanak-kanak kena cepat-cepat lapor ye.

p/s : Kalau tak lapor sebab nak tutup aib keluarga sekalipun boleh dikenakan hukuman kalau ikut Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

* post ni halal untuk disebar luaskan
* boleh follow  Taufiq Razif & set See First supaya tak tertinggal update yang lebih penting

(Visited 445 times, 1 visits today)

2 Comments

  1. abby September 29, 2017 at 1:18 am

    trima ksh.. sy ada ank yg bermaslh dn dia sush nk fhm ape yg kita arahkn.. dia nakal shingga setiap kali kluar mkn mst ada yg tumpah dn ditegur dia akn baring dlntai dgn niat mengugut.. ada org ckp ank sy austime.. memng x ble ddk diam

    Reply
    1. taufiq September 29, 2017 at 1:31 pm

      sebaiknya puan pergi periksa di klinik kesihatan untuk tengok ada masalah perkembangan tak..

      Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *